Seorang lelaki dibelasah oleh sekumpulan lelaki lain kerana mengeluarkan kata-kata kesat yang berbaur perkauman dalam satu kejadian di pusat membeli-belah The Mines baru-baru ini.
Melalui rakaman berdurasi 0:52 saat itu, lelaki yang kelihatan marah itu dilihat menghina kaum Cina dengan memanggil mereka babi.
Lelaki dipukul peniaga Cina di The Mines.
Posted by Wowberita Dot Org on Sunday, April 19, 2015
“Babi punya Cina” ujar lelaki yang berusia sekitar 30-an itu.
Tindakannya itu kemudiannya menimbulkan kemarahan orang ramai yang rata-rata berketuruan Cina.
Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, lelaki tersebut kemudianya dibelasah oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.
“Dia sudah salah (kerana) cakap tak baik ini macam…. mana boleh cakap ini macam (depan) orang Cina semua, bodoh laa dia” ujar individu yang merakam kejadian tersebut.
Namun tidak dapat memastikan punca sebenar pergaduhan tersebut kerana tiada sebarang maklumat lanjut yang diberikan mengenai kejadian itu.
Tindakan lelaki yang dipercayai berketurunan India itu turut dikecam pengguna media sosial.
Rata-rata menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan itu tidak patut dikeluarkan kerana bersifat sensitif serta menyingung hati dan perasaan bangsa lain.