Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Saya Terpaksa Lakonkan Babak Seksi – Izara Aishah

$
0
0

Sudah memberitahu untuk tidak lagi tampil berpakaian seksi dalam lakonan, ramai pihak yang mempersoalkan keputusan Izara Aishah setelah tersebarnya foto babak seksi dan intim beliau bersama Remy Ishak di dalam filem Pilot Cafe.

Aktres itu menjelaskan beliau tidak pernah meletakkan sebarang syarat dari segi lakonan tetapi terpaksa melakonkan babak seksi atas pemintaan pihak produksi meskipun beliau merasa tidak selesa.

Untuk filem Pilot Cafe ini pun, babak saya kena pakai seksi tu sebenarnya saya kurang selesa tapi saya terpaksa akur dengan permintaan pihak produksi. Namun, dari segi lakonan pula saya tidak letak syarat apa-apa. Lagipun saya percaya yang kekasih saya faham mengenai bidang kerja saya sebagai seorang pelakon. Asalkan saya tahu menjaga diri dan batasan.

Kali pertama memegang watak utama dalam filem, Izara mengakui beliau agak berdebar untuk melihat hasilnya jika penonton suka ataupun sebaliknya. Membawa karakter penuh emosi, ia merupakan satu cabaran yang agak besar buat dirinya.

Ramai letak harapan tinggi terhadap filem ini dan sedikit sebanyak ia buat saya rasa tertekan, apatah lagi memikirkan bagaimana penerimaan penonton terhadap lakonan saya.

Watak saya kali ini berat dan banyak bermain dengan emosi. Saya juga banyak menangis dalam filem ini.Babak menangis dan babak melahirkan anak paing susah dan mencabar.

Jika sudah membuat perjanjian untuk menjayakan sesebuah filem, kadang-kala agak susah untuk artis menolak arahan pengarah untuk melakonkan babak yang tertentu meskipun merasa kurang selesa. Benda dah lepas tidak boleh buat apa-apa dah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997