Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Perogol Bersiri Afrika Selatan Mati Bunuh Diri

$
0
0

Seorang lelaki yang disyaki sebagai perogol bersiri paling teruk, telah ditemui mati tergantung di dalam penjara, beberapa jam sebelum perbicaraan kesnya bermula.

Sifiso Makhubo, 42, berdepan 122 tuduhan termasuk serangan seksual ke atas 34 kanak-kanak, merogol, menculik, merompak dan cuba membunuh mangsa dengan menjangkiti virus HIV.

Makhubo dipercayai menggantung diri dengan menggunakan selimut pada waktu malam dan punca kematiannya masih disiasat.

Isnin lalu ketika dia dibawa ke mahkamah, peguamnya memaklumkan anak guamnya itu mempunyai keyakinan tinggi.

Menurut stesen televisyen tempatan, ENCA, ada mangsa yang tidak mengetahui bahawa dia sudah membunuh diri dan tiba di mahkamah untuk memberikan keterangan terhadapnya.

Afrika Selatan mempunyai kadar keganasan seks yang tinggi namun kes melibatkan Makhubo telah mengejutkan masyarakat di negara terbabit.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bandar Kathorus antara 2006 hingga 2011 dan ditangkap selepas mangsa membuat pengecaman ke atasnya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997