Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Elak Cemburu, Aiman Tak Tengok Lakonan Fathia Latiff

$
0
0

Sebelum ini pelakon Fathia Latiff ada memberi kenyataan tentang adegan-adegan romantisnya bersama pelakon baru Fattah Amin dalam drama ‘Bencinta’ yang sedang bersiaran di TV3 ketika ini. Jelas Fathia, soal cemburu tidak timbul kerana baik dia mahupun Aiman Hakim Ridza masing-masing memahami tuntutan kerjaya masing-masing. Namun begitu, Aiman mengakui dia mengelak daripada melihat lakonan-lakonan Fathia.

Aiman menjelaskan walaupun dia tidak meletakkan sebarang syarat kepada Fathia untuk berlakon tetapi dia sebenarnya mengelak untuk melihat lakonan-lakonan teman wanitanya itu.

“Soal cemburu melihat Fathia bergandingan dengan orang lain memang tidak timbul. Sebagai seorang pelakon, saya faham dengan tuntutan kerja seorang pelakon. Kami bersikap profesional. Kerja adalah kerja. Kami pun jarang bercakap tentang hal kerja selepas penggambaran.

“Selain itu, saya juga mengelak daripada melihat lakonan-lakonan Fathia. Saya rasa baik elakkan kerana saya tidak mahu terasa hati atau terjadi perkara yang tidak sepatutnya. Cemburu itu adalah normal. Tipulah kalau saya kata tiada sedikit pun perasaan cemburu. Jadi untuk kebaikan, lebih baik saya elakkan. Fathia pun cemburu juga terhadap saya tetapi kami cuba atasi masalah ini dengan baik,” ujarnya.

Mengulas lanjut tentang tiada sebarang syarat ditetapkan kepada Fathia untuk berlakon, Aiman memberitahu dia sama sekali tidak akan berbuat demikian kerana berpendapat itu tidak adil kepada teman wanitanya.

“Saya tak mahu letakkan sebarang syarat kepada dia. Itu tidak adil kerana Fathia berhak ke atas dirinya sendiri. Paling penting, masing-masing kena ada kepercayaan terhadap pasangan. Kalau fikir yang negatif sahaja memang susah,” ujar Aiman lagi.

Sementara itu, Aiman juga memberi komen tentang gandingannya sekali lagi bersama Fathia dalam pementasan teater. Selepas ‘Bidasari’, Aiman dan Fathia kembali untuk pementasan ‘Y Sebuah Muzikal’ yang akan menemui penonton di Istana Budaya pada Ogos hadapan.

“Saya tidak rasa penonton akan kata kami sering berkepit. Tapi terpulang kepada penonton. Pasti ada yang suka, ada yang tidak suka. Untuk tahun ini, ini adalah projek pertama kami bersama. Saya tiada masalah bergandingan dengan Fathia. Rasanya lagi senang untuk mencari keserasian kerana kami telah beberapa kali bekerjasama,” ulas Aiman.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997