Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Panas! Pemuda UMNO Buat Gerakan Sulit Jatuhkan Najib?

$
0
0

Sokongan penuh yang diberikan oleh Pergerakan Pemuda Umno Malaysia terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib baru-baru ini dilihat sebagai ‘harapan palsu’ bagi mengaburi mata masyarakat.

Terbaru sekumpulan kepimpinan Pemuda Umno yang diketuai oleh Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun dilaporkan telah mengadakan satu perjumpaan sulit bersama ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian di Johor bagi menjatuhkan Najib.

Menurut sumber, perjumpaan yang diadakan di bandar Muadzam Shah itu turut dihadiri Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah, Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous Sheikh A. Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz.

“Asalnya perjumpaan pada pukul 1.30 petang bersama Azwan Bro (Khairul Azwan) dengan semua Ketua Pemuda Bahagian Umno Johor itu bertujuan untuk mengatur gerak kerja Pemuda sepanjang kempen pilihanraya kecil Rompin.

“Namun perbincangan itu kemudiannya telah bertukar menjadi agenda untuk menjatuhkan PM” ujar sumber tersebut.

Menurut sumber itu lagi Khairul Azwan turut menghasut agar semua yang hadir menentang kepimpinan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Sementara itu portal pro Umno, MyKMU.net turut mendedahkan mengenai gerakan sulit yang diadakan itu.

“Azwan mengingatkan Pemuda Johor bahawa sokongan Pemuda UMNO Malaysia adalah kepada jawatan Presiden UMNO bukannya kepada Mohd Najib Tun Razak.

“Beliau turut menyatakan tidak percaya dengan penjelasan Perdana Menteri semasa pertemuan Pemuda UMNO Malaysia minggu lalu dan percaya Mohd Najib hanya “buying time” menggunakan alasan menunggu Ketua Audit Negara” lapor portal tersebut.

Portal tersebut melalui artikel bertajuk “5 Sekawan Pemuda UMNO Atur Rancangan Jatuhkan Perdana Menteri?“ turut melaporkan kenyataan Khairul Azwan yang beranggapan Najib harus ditumbangkan dan orang yang layak mengetuai penentangan terhadap Perdana Menteri ialah Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Saya melihat isunya bukan penjelasan Perdana Menteri tetapi lebih kepada perebutan untuk mendapat jawatan lebih tinggi dengan menjatuhkan Perdana Menteri,” kata seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian yang hadir dalam majlis terbabit, memetik laporan portal terbabit.

Khairul Azwan bersama kumpulannya itu dikatakan akan mengadakan perjumpaan bersama ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian Pulau Pinang di Permatang Pauh hari ini, bagi membincangkan mengenai gerakan tersebut.

Armand Azha cuba dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung gerakan tersebut namun gagal.

Panggilan yang dibuat melalui telefon bimbitnya langsung tidak dijawab walaupun telah mencuba beberapa kali, malah pesanan yang dikirimkan melalui aplikasi Whatsapp turut tidak dilayan walaupun status pesanan tersebut menunjukkan ia telah dibaca.

Tinjauan yang di lakukan terhadap akaun Instagram milik Armand Azha mendapati, beliau seakan-akan telah memberikan bayangan mengenai gerakan menjatuhkan Najib itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997