Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Wan Azizah Kembali Calon PRK Permatang Pauh

$
0
0

Timbalan Presiden PKR mengumumkan isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah sebagai calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh bagi mempertahan kerusi di parlimen itu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor, kira-kira jam 11.20 malam tadi, iaitu beberapa jam sebelum proses penamaan calon esok.

Dalam pertembungan dua penjuru ini, Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Suhaimi Sabudin.

Wan Azizah, 62, yang merupakan graduan dari Kolej Pakar Bedah Diraja dari Ireland ini tidak perlu diperkenalkan dalam arena politik.

Wan Azizah adalah isteri kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang kini menjalani hukuman penjara selepas disabitkan kesalahan meliwat pembantu peribadinya.

Pencalonan Wan Azizah sekali gus menghentikan khabar angin sebelum ini yang menyatakan anaknya Nurul Nuha, bakal mengekalkan kerusi di parlimen itu.

Anak perempuan Anwar yang berusia 31 menjadi tumpuan selepas bapanya dijatuhkan hukuman lima tahun penjara kerana didapati bersalah kerana meliwat.

Nuha juga menjadi tunggak kepada kempen “March to Freedom” untuk pembebasan Anwar.

Anwar memenangi kerusi di Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 di bawah tiket Barisan Nasional sebelum digugurkan pada 1998 dan digantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar kemudiannya membentuk dan mengetuai PKR bagi mendapatkan kembali kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum 1999.

Bermula dari ketika itu, PKR mengekalkan kerusi di Parlimen Permatang Pauh dalam tiga PRU dan satu PRK.
Ada analisis menjangkakan tidak ada perubahan dalam sokongan pada PRK kali ini.

Parlimen Permatang Pauh menjadi kubu kuat PKR sejak parti komponen dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kerusi parlimen pada 1999 dan menjadikan ianya kekal dengan parti itu.

Pada Pilihan Raya Kecil yang lalu, Anwar menewaskan calon Barisan Nasional, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti undi 11, 721.

Seramai 71, 890 pengundi berdaftar dijangka keluar mengundi pada 7 Mei ini dan undian awal pada 3 Mei nanti.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997