Tahniah diucapkan kepada Sam Bunkface dan juga Aida Azira yang kini sah bergelar suami isteri pagi ini (Sabtu) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Sapura Building, The Mines, dengan sekali lafaz.
Dalam majlis pernikahan tersebut yang dihadiri keluarga terdekat Sam, Aida menerima mas kahwin sebanyak RM1000.
Majlis yang diadakan di Dewan Sapura Building merupakan majlis akad nikah dan resepsi pihak lelaki manakala bagi pihak perempuan pula dijadualkan berlangsung pada 2 Mei depan di Masjid Tanah, Melaka.