Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Ibu Cari Anak Yang Terpisah Sejak 14 Tahun Lalu

$
0
0

Seorang ibu menyimpan harapan tinggi agar dapat dipertemukan semula dengan anak bongsunya yang terpisah sejak 14 tahun lalu sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Minah Yunus, 99, dari Kampung Tok Donik, Kubang Bemban di Besut yang semakin uzur amat berharap anaknya, Salleh Daud, 51, dapat pulang ke pangkuan keluarga untuk menyambut Aidilfitri.

Salleh yang mempunyai lima anak berumur antara enam hingga 15 tahun difahamkan bekerja sebagai buruh sama ada di Johor atau Singapura.

Dalam pada itu, abang kepada Salleh, Ibrahim, 57, memberitahu, sebelum meninggalkan rumah 14 tahun lalu, adiknya itu ada memaklumkan kepada ibu bahawa dia sudah berkahwin lagi dan mengajak ibunya untuk melihat menantunya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997