Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Air Mata Ibu Pendam Rindu

$
0
0

“Saya nak lupakan semuanya. Tak mahu ulas pasal mereka,” kata Zaharah Sulong, 65, warga emas yang tinggal sebatang kara di Kampung Bertam Baru, Gua Musang.

Wanita itu berkata demikian apabila ditanya mengenai tujuh anaknya yang didakwa tidak pernah menjenguknya sejak 17 tahun lalu.

Malah, Zaharah turut keseorangan di kampung berkenaan apabila tidak mempunyai saudara terdekat, manakala suaminya Ismail Ibrahim meninggal dunia ketika berusia 40-an, kira-kira 35 tahun lalu.

Nasibnya lebih malang apabila banjir besar, Disember lalu meranapkan rumahnya menyebabkan dia terpaksa menumpang di rumah jiran, sebelum penduduk kampung bergotong-royong membina bangsal kecil untuknya berteduh.

“Ini saja (bangsal) harta yang saya ada selepas rumah ranap akibat banjir lalu. Saya tak ada harta lain termasuk anak. Mereka sudah lama saya lupakan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997