Memiliki ukuran zakar yang besar tidak semestinya akan disukai pasangan kita. Ironinya, seorang dukun di Jawa Barat ini, Abah Otong, 52, dilaporkan pernah dikunjungi seorang wanita yang memintanya untuk mengecilkan alat sulit suaminya itu ke saiz asal.
“Pesakit itu datang dari Semarang bersama suaminya. Si isteri merayu agar alat sulit suaminya dikecilkan ke bentuk asal. Dia berbuat demikian kerana kemaluannya sering berlaku pendarahan.
“Yang meminta saya mengecilkan alat sulit lelaki itu ialah isteri muda. Jika isteri tua sememangnya ukurannya sama,” kata Abah.
Abah Otong yang terkenal sebagai pakar merawat alat sulit telah memulakan perawatan tradisinya itu pada tahun 1991 dengan menggunakan kaedah akupuntur dan urutan.