Agak tidak masuk akal apabila seseorang tidak tahu apa itu maksud GST. Kalau tak faham konsep GST, bolehlah diterima lagi. Bak kata Ahmad Maslan, Tun Mahathir pun tak faham apa itu GST. Inikan pula kita selaku rakyat marhaen.
Agak sedih juga apabila salah seorang peserta Dewi Remaja iaitu Mawar Rashid di dalam satu temuraramah gagal memberikan makna penuh GST.
Akibatnya, Mawar telah dicop sebagai ‘beauty without brain’ atau dalam bahasa Melayunya ‘cantik tapi tak ada otak’.
Selain daripada tidak tahu apa itu maksud GST, Mawar Rashid juga dikritik teruk kerana cara menjawab soalannya yang nampak agak ‘fake’.
Mungkin selepas Dewi Remaja Mawar boleh pergi kelas untuk belajar bercakap. Tak perlulah tersenyum sepanjang masa. Tonton video di bawah bermula minit ke 2:35 untuk penerangan Mawar tentang GST.