Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Teman Wanita Diperdaya Rakam Aksi Seks Dalam Tandas

$
0
0

Segelintir ‘lelaki gatal’ dikesan menjadikan tandas awam dan tandas di pusat hiburan sebagai lokasi strategik untuk merakam video bogel wanita secara sulit.

Golongan lelaki ini tidak hanya menggunakan kamera intip (spycam) malah turut menggunakan telefon pintar diletakkan di siling tandas awam atau pusat karaoke untuk merakam aksi terlampau itu.

Dalam kes terbaru, tiga wanita menjadi mangsa dalam tiga kes berasingan membabitkan suspek teman lelaki masing-masing.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Siew, 17, berkata, dia menjadi mangsa selepas mempelawa beberapa rakan lelaki ke rumahnya di Kepong di sini, untuk mengulangkaji pelajaran bersama.

Dalam kejadian jam 5 petang awal Mac lalu itu, rakannya meminta kebenaran menggunakan tandas di rumah mangsa sebelum meletakkan kamera di penjuru siling tandas.

“Saya tidak menyedari kejadian itu pada mulanya. Selepas dua minggu, saya mendapat tahu video rakaman saya mandi mula tersebar di laman sosial.

“Saya takut dan memaklumkan kepada ibu bapa. Mereka membuat laporan polis dan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat penyebaran video yang dimuat naik di laman sosial itu,” katanya.

Dalam satu lagi kes berasingan, wanita yang mahu dikenali sebagai Mai, 20, mendakwa diperdaya teman lelaki yang merakam aksi asmara mereka di dalam tandas menggunakan telefon bimbit.

Menurutnya, kejadian berlaku minggu lalu selepas mereka berhibur di pusat karaoke di ibu kota.
“Saya menyedari tindakannya itu selepas menerima ugutan teman lelaki yang mahu menyebarkan video asmara kami.

“Saya tidak sangka perbuatan kami di dalam tandas tempoh hari dirakam. Berdasarkan rakaman itu, saya yakin, dia menyembunyikan telefon pintar di siling tandas,” katanya.

Dia yang mahu memutuskan hubungan cinta membuat aduan di Pejabat Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA kelmarin.

Dalam satu lagi kes berasingan awal Mac lalu, wanita turut menjadi mangsa selepas menggunakan tandas awam di sebuah premis berhampiran pasar malam di Sentul di sini.

Mangsa berusia 20-an menyedari kewujudan kamera intip itu selepas menemui alat penyangkut pakaian mencurigakan di dalam tandas itu.

Kamera intip berbentuk penyangkut baju itu sengaja diletakkan di bahagian bawah pintu tandas bagi merakam aksi pengunjung yang menggunakan tandas itu.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul berhubung kejadian itu.

Sementara itu Ketua Biro Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima tiga aduan berhubung kes merakam video aksi wanita di dalam tandas sepanjang Mac lalu.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997