Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta para pengkritiknya, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, untuk belajar tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Timbalan menteri kewangan yang beberapa kali dikritik berhubung kenyataannya berhubung cukai itu juga mengecam Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan ahli akademik Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.
Awal minggu ini, kedua-duanya mengkritik Ahmad kerana mengatakan Dr Mahathir tidak memahami GST.
Dr Mahathir juga menggesa GST dihapuskan.
Asri dan Agus tak faham GST, sama macam Dr Mahathir. Itu saja yang boleh saya katakan.
Saya harap mereka yang menasihat dan melapor kepada Dr Mahathir akan memberinya gambar yang betul. Jangan beri maklumat salah.
Kesian orang tua tu, katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di pusat media Barisan Nasional di Permatang Pauh hari ini.