Seorang gadis kampung dari daerah Mahoba mengejutkan ahli keluarga dan orang kampungnya apabila menghentikan perkahwinannya selepas mendapati pengantin lelaki itu berada dalam keadaan mabuk di majlis perkahwinan mereka pada 28 April lalu.
Menurut laporan The Times of India, kejadian ini berlaku pada malam Selasa di Kampung Ajnar apabila pengantin perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Neha enggan berkahwin dengan pengantin lelaki yang mabuk itu.
Neha sepatutnya diijabkabulkan dengan Arvind, seorang lelaki yang berasal dari Kampung Ragauli di bawah kawalan pihak polis Harpalpur di Madhya Pradesh pada 28 April.
Neha yang sudah bersedia untuk perkahwinan dengan solekannya sebagai pengantin perempuan membatalkan perkahwinannya pada saat akhir selepas melihat Arvind yang berada dalam keadaan mabuk itu bergaduh dengan adik – beradik Neha dan tetamu lain.
Berang dengan perbuataan pengantin lelaki tersebut, Neha terus meninggalkan majlis perkahwinannya itu.
Difahamkan, pertelingkahan itu bermula apabila imam yang melakukan mantra meminta DJ lagu untuk menghentikan lagunya sebentar kerana ia mengganggu upacara mantra di majlis perkahwinan tersebut.
Tindakan itu menyebabkan rasa tidak puas hati Arvind dan saudaranya lalu bergaduh dengan DJ lagu dan tetamu- tetamu lain yang hadir. Neha yang menyaksikan kejadian itu kemudian membatalkan perkahwinan tersebut.
Walaupun pada mulanya tindakan Neha membimbangkan ibu bapanya, orang kampung Neha memberi sokongan kepada keluarga tersebut dan meminta ibu bapa Neha untuk tidak memaksa gadis itu berkahwin.
Menurut saksi, Arvind dan saudaranya yang berada dalam keadaan tidak stabil itu telah menimbulkan kekecohon besar di majlis perkahwinan tersebut. Malah, mereka juga telah menggunakan kata – kata kesat terhadap saudara- mara Neha.
Menurut ayah Neha, Shripat Ahirwar, dia tidak menolak keputusan anaknya apabila Neha membatalkan perkahwinan itu.
“Saya setuju apabila dia menolak berkahwin lelaki itu kerana saya tidak mahu paksa dia.
“Majlis perkahwinan itu seolah – olah kelab malam yang dipenuhi dengan orang mabuk,” kata Shripat.
Menurut Pegawai Stesen Harpalpu, Rajiv Yadav, keluarga pengantin lelaki itu kembali ke balai polis untuk melakukan laporan tetapi pihak polis tidak boleh mengambil sebarang tindakan kerana mereka tidak boleh memaksa seorang wanita untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak diminati.