Susulan dari kemalangan yang telah meragut pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia 6 bulan di lebuh raya Duke KM6 ke arah Damansara, tampil seorang ahli Familia Myvi Club menafikan dakwaan yang tersebar di laman Facebook.
“Assalamualaikum semua. Itu memang budak kelab Yana. Semua yang terlibat selamat dan apa yang tersebar tidak betul.
“Diorang bukan berlumba,” katanya menafikan dakwaan beberapa portal berita yang mendakwa ahli-ahli yang terlibat berlumba sehingga menyebabkan kemalangan.
“Tolong jangan percaya pada (berita) viral yang tersebar. Mereka hanya menjalankan tugas sedangkan tidak tahu perkara yang sebenar.
“Kami satu kelab kena hentam habis-habis dengan kelab lain tetapi kami di tempat yang terlibat tahu perkara yang sebenar. Harap semua jangan sebar yang bukan-bukan kalau tak tahu pangkalnya. Terima kasih,” jelasnya.
Bagaimanapun, netizen masih juga mahu tindakan tegas dikenakan terhadap pemandu yang terlibat dan menjadi punca tiga beranak itu maut. THEHYPEMEDIA