Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Tiga Saksi Tampil Sahkan Kereta Myvi Memang Berlumba

$
0
0

Memang tidak dapat dinafikan, ramai netizen mahu perkara ini disiasat sebelum menuduh enam pemandu Myvi yang juga ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) berlumba secara haram di lebuh raya Duke sehingga mengakibatkan tiga beranak maut dalam nahas semalam.

BACA: 6 Myvi Lumba Haram, 3 Maut Termasuk Bayi 6 Bulan

BACA: Ahli FMC Nafi Dakwaan Berlumba Haram

BACA: Tangisan Sayu Anak Keluarga Maut Dalam Nahas Myvi

Sehingga laporan ini ditulis, dua orang saksi mendakwa berada di tempat kejadian dan menyaksikan di depan mata sendiri mangsa tercampak keluar dari kereta.

“Ini gambar asal. Saya ada masa kejadian.Jangan nak tegakkan benang yang basah. Jangan cakap Myvi ni tak berlumba. Nyaris pemandu tak kena belasah dengan ahli keluarga mangsa yang meninggal. Sampai nenek dan emak mangsa datang ke tempat kejadian. Mak mangsa pengsan di situ melihat anaknya meninggal dunia di tempat kejadian. Terima kasih,” kata Hafiz Zulkifli.

Di bawah pula kenyataan dari saksi kedua bernama Muhammad Zaki.

“Salam, saya saksi kejadian dan telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Keluarga itu tercampak keluar depan mata saya dan bayi itu.. Sungguh saya tak boleh terima hakikat. Aku tak nak cerita banyak, biar polis buat kerja. Tapi cukup ada video dan bukti-bukti selainnya. Mahkamah Allah ada, jangan risau.

“Cerita dia bermula apabila saya dekat Tol Ayer Panas, tapi menghala ke Exit Gombak. Memang budak-budak Myvi ini berlumba atas jalan tu. Selang 10 saat, saya dah nampak Pajero itu berpusing terbalik dan semua tercampak keluar. Dua buah kereta FMC terlibat, tetapi selebihnya (4 ahli FMC) berhenti dan selepas itu hilang.

“Saya nampak bayi itu tercampak keluar. Allahu.. agak-agaknya apa perasaan aku? Nak menipu lagi ke?,” katanya.

Saksi kedua turut menceritakan detik-detik selepas kemalangan.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997