Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengambil keputusan menjual semula plot tanah di pusat kewangan, Tun Razak Exchange (TRX) yang dibeli daripada 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, setakat ini terdapat tiga pembeli yang sedia menawarkan pembelian pada unjuran yang menguntungkan.
Jelasnya, urusan penjualan dijangka selesai minggu depan.
”Sekarang, kami meneliti pembeli yang boleh memberi keuntungan kepada Tabung Haji.
“Langkah ini dibuat bagi menghentikan kekhuatiran rakyat dan pendeposit Tabung Haji mengenai pembelian tanah ini yang dikaitkan dengan 1MDB,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang menjelaskan mengenai pembelian plot tanah seluas 0.63 hektar di TRX dengan nilai RM188.5 juta daripada 1MDB, di sini hari ini.