Memegang status sebagai ibu tunggal selama empat bulan merupakan cabaran besar buat Diana Rafar selepas berpisah dengan suaminya, Zamarul Hisham.
Namun, dengan kasih dan sayang yang masih bersisa antara mereka berdua, pasangan ini dilaporkan akan merujuk semula pada 16 Mei ini.
“Mungkin jodoh kami masih kuat bersama, keputusan untuk rujuk semula adalah yang terbaik buat kami sekeluarga. Memandangkan saya dan Zamarul pernah bernikah pada 16 Mei 2009, jadi tarikh sama dipilih untuk rujuk semua. Doakan semoga segalanya dipermudahkan,” ujar Diana yang dipetik menerusi Harian Metro.
Dalam pada itu, Diana juga menjelaskan perpisahan ini membuatkan perasaan sayang antara mereka semakin bertambah dan menganggapnya sebagai satu hikmah berganda buat dirinya.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini. Semoga keputusan untuk bersama semula bakal memberikan sinar baru dalam hidup mereka.