Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafril kerana bakal menimang cahayamata kedua tidak lama lagi.
Wawa yang dimaklumkan telah sah hamil anak kedua kini mengimpikan untuk mendapat cahayamata perempuan.
“Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan saya sekarang juga tidak menentu.
Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat hingga saya bersalin nanti. Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga.” jelas Wawa.
Pasangan bahagia ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ahmad Fakhruddin Attar berusia 10 bulan hasil dari perkahwinan rahsia mereka tidak lama dulu.