Seorang pekerja hotel maut dilanggar sebuah kereta dekat Presint 5, Putrajaya pagi tadi.
Dalam kejadian jam 9.33 pagi itu, mangsa Affendi bin Aziz, 36, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 mati di tempat kejadian selepas dirempuh oleh kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh Noorazira binti Tajuddin, 30 di persimpangan lampu isyarat simpat empat berdekatan Hotel Pullman.
Myvi langgar penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat di Presint 5 Putrajaya. Penunggang motor maut serta-merta di tempat kejadian.
Posted by Wowberita (Official) on Wednesday, May 13, 2015
Difahamkan, pemandu kereta Myvi yang bekerja sebagai Juruukur Bahan itu dalam perjalanan menghala ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah melanggar mangsa yang ketika itu dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya.
Kes itu kini disiasat oleh pihak polis.