Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Punca Sebenar Pelajar KSKB Ulu Kinta Meninggal Dunia

$
0
0

Heboh di laman sosial mengenai seorang pelajar perempuan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Ulu Kinta meninggal dunia kerana mengambil tiga jenis makanan tambahan (Shaklee, Qu Puteh dan Aura White) sekaligus sehingga menimbulkan keresahan di kalangan pengguna produk berkenaan.

Bagaimanapun, tampil beberapa individu yang menjelaskan bahawa punca kematian pelajar terbabit bukan disebabkan oleh makanan tambahan.

“Saya merayu pada semua yang membuat spekulasi yang tidak sepatutnya terhadap student nurse KSKB Ulu Kinta yang meninggal dunia pada petang tadi supaya menghentikan perbuatan tersebut. Jangan kita share benda yang kita tidak pasti. Jika tuan/puan nak kepastian, boleh berhubung dengan saya,” kata Nazri Omar.

Menurut Nazri lagi, punca kematian arwah bukan kerana mengambil makanan tambahan tersebut tetapi kerana pendarahan berlaku di dalam otak yang sememangnya susah untuk dirawat dan arwah juga mempunyai masalah migrain.

Seorang rakan mangsa yang hanya dikenali sebagai Ezatul turut menafikan kematian arwah kerana pengambilan produk makanan tambahan itu.

“Memang dijumpai kotak-kotak produk tersebut di dalam bilik arwah tetapi arwah sudah lama tidak menggunakan produk tersebut dan doktor sendiri mengesahkan arwah meninggal kerana salur darah pecah(aneurysm,).” cerita Ezatul.

Apapun orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebaran sebarang maklumat tanpa ususl periksa.

Bersama kita sedekahkan alfatihah kepada pelajar tersebut yang dikenali sebagai Ayu. Semoga roh Ayu ditempatkan dikalangan orang beriman

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997