Seperti pasangan suami isteri yang lain, Ratu Rock Ella dan suami Azhar turut memasang impian untuk menimang cahaya mata sendiri.
Berikutan itu, Ella yang sudah menjangkau usia 47 tahun tidak berputus asa beriktiar selain percaya rezeki untuk menerima cahaya mata akan hadir jua.
Dalam pada itu, Ella mengakui pernah menjalani beberapa ikhtiar termasuk menjalani rawatan kesuburan.
“Siapa yang tidak ingin cahaya mata sebagai penyambung zuriat? Tambahan pula kami datang daripada keluarga yang besar.
“Kami melakukan beberapa ikhtiar namun rezeki kami masih belum menyebelahi. Kami pernah menjalani rawatan (kesuburan) secara klinikal, namun selebihnya saya dan suami berserah pada Allah,” katanya.
Menerusi mStar Online, penyanyi lagu Rama-rama ini turut mengamalkan pemakanan sunnah selain mengikut saranan daripada doktor.
Ella sah bergelar isteri kepada juruterbang, Azhar Husaini pada 7 Julai 2012.