Mana mungkin orang boleh lupa tagline seorang usahawan wanita bagi mempromosikan produk kecantikannya yang berbunyi, “Comel tak Kak Ton? Comel..!” yang selalu keluar di kaca televisyen.
Tagline ini jugalah yang membuatkan Kak Ton terkenal seantero Malaysia.
Tapi, tak ramai yang tahu Kak Ton mempunyai anak gadis super cantik bernama Nadia. Alahai, kami yang menengok pun terpegun sampai mata pun tak berkelip.
Tak hairanlah Nadia memiliki raut wajah cantik, ‘ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi’ kan?
Nadia yang merupakan kacukan Thai dan Melayu ini merupakan pengacara rancangan Malaysia Hari Ini di TV3.
Status hubungan Nadia dengan Kak Ton didedahkan sendiri Nadia selepas ramai yang asyik bertanya.
Tapi tak sangka pula, pendedahan Nadia secara tiba-tiba muncul menjadi viral di media sosial.
Nadia yang merupakan seorang ibu tunggal sebelum ini menjalin hubungan dengan penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir.