Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Kisah Tiga Anak Kecil Dipelihara Nenek, Bapa Dipenjara Ibu Lesap

$
0
0

Apalah nasib tiga beradik ini diabaikan dan ditinggalkan oleh ibu bapa mereka.

Tiga beradik itu kini dijaga oleh nenek dan ayah saudara mereka yang bekerja sebagai ‘despatch’ dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan.

Jumlah gaji itu juga digunakan untuk membayar rumah sewa berjumlah RM500. Tetapi perbelanjaan bil-bil lain, susu, makan minum? Sudah tentu RM1,500 tidak mencukupi untuk menyara tiga beradik ini.

Difahamkan si bapa dihukum penjara di atas kes najis dadah. Manakala ibu mereka pula menghilangkan diri begitu sahaja.

Tiga beradik itu terpaksa tinggal dalam keadaan yang memang menyedihkan. Dengan tikar getah yang sudah rosak dan berulang, tilam nipis dan berbau hapak.

Namun, penderitaan mereka itu mendapat perhatian Shanaa Amirah yang datang membantu mereka sekeluarga.

“Saya datang melawat, anak yang sulung tengah makan nasi digaul dengan garam. Si adik pula minum air susu manis. Allahuakbar, kejamnya saya sebab selama ini tidak tahu ada family yang susah ini di kawasan saya membesar.

“Anak sulung berumur 3 tahun, anak kedua berumur 2 tahun dan bongsu berumur 8 bulan. Tubuh badan tiga beradik ini kurus-kurus je,” katanya dalam status yang dimuat naik di laman Facebook pada Isnin lalu.

Justeru, Shanaa menyeru orang ramai tampil memberikan sumbangan kepada keluarga kecil ini.

“Mereka amat memerlukan tilam, baju anak-anak, bantal, susu lactogen langkah 2, pampers size M, botol susu, beras, ikan bilis, telur, gula, milo dan lain-lain yang dirasakan perlu.

“Bantuan boleh disalurkan ke akaun CIMB 7612696508 di atas nama Mohd Nordin bin Abdul Ghani,” katanya.

Bagi tujuan pengesahan, anda bolehlah menghubungi nombor telefon Mek Che Yah 010-7740100 atau boleh melawat mereka di alamat berikut:

No H10-10-11,
Pangsapuri Angsana, Blok H,
Tingkat 8, USJ 1,
Subang Jaya, Selangor.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997