Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara, di Dewan Rakyat pada Khamis, 23 Mei 2015.
RMK11 merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
Berikut adalah inti pati Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020), yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat hari ini:
1. Tema RMK11: Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat
* Rakyat merupakan tonggak negara
* Menyiapsiagakan rakyat untuk masa hadapan
* Semua lapisan rakyat menikmati kemajuan negara
2. RMK11 akan mengukuhkan daya tahan ekonomi makro untuk meningkatkan pertumbuhan
* Meningkatkan penggunaan dan pelaburan swasta
* Menjana pertumbuhan baharu melalui peningkatan produktiviti dan pengetahuan
* Mengurus kewangan awam secara berhemat
3. RMK11 mempunyai enam teras strategi
* Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama
* Meningkatkan kesejahteraan rakyat
* Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
* Menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya saing
* Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
* Memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
4. RMK11 akan mentransformasi perkhidmatan awam untuk produktiviti
* Bertumpukan rakyat
* Produktiviti dan kecekapan
* Kerajaan digital
5. Semua pihak perlu melaksanakan usaha secara bersama mencapai aspirasi negara – Dalam tempoh RMK11, kerjasama erat, ketekunan dan kesungguhan serta komitmen yang tinggi semua pihak berkepentingan amat perlu
6. Membina Malaysia Pasca 2020.
* Malaysia akan menjadi negara maju, progresif dan inklusif dari segi ekonomi
* Menjiwai alam sekitar, menghargai, melindungi, memelihara dan berbangga dengan keunikan flora dan fauna negara ini.
* Rakyat bersatu dalam kepelbagaian, memiliki identiti kebangsaan yang utuh
* Prihatin terhadap golongan yang kurang berkemampuan
* Sistem pendidikan holistik didorong oleh semangat dahagakan ilmu
7. RMK11 berbeza dengan RMK lima tahun sebelum ini
* RMK11 mengutamakan tindakan
* Berpaksikan rakyat
* Mengambil kira perspektif jangka panjang
8. Rakyat Malaysia akan lebih produktif
* Produktiviti sektor swasta
* Produktiviti sektor awam
9. Membina negara maju
* Menjana kekayaan melalui inovasi
* Mengupayakan TVET (technical vocational education and training) yang diterajui industri
* Membina bandar yang mampu bersaing pada peringkat global
10. Membangun secara mampan
* Gaya hidup hijau
* Reduce, reuse and recyle (3R)
* Pembelajaran hijau
11. Komited dalam mewujudkan sebuah masyarakat inklusif
* Kualiti hidup yang selesa untuk semua
* Seorang graduan bagi setiap isi rumah
* Komuniti usahawan produktif