Seorang lelaki di China ketagih memakan najis wanita sehingga tergamak mencari bekalannya di sebuah tandas awam di pusat membeli-belah.
Menurut laporan media China, lelaki tersebut berjaya ditahan orang awam selepas perbuatan jijiknya itu disedari pengguna tandas berkenaan.
Lelaki si pemakan najis itu dikatakan sudah hampir lapan tahun terjebak dalam aktiviti tersebut.
Menurut pengawal keselamatan, dia memang sudah lama mengecam wajah lelaki tersebut yang sering kali mengunjungi tandas di pusat membeli belah terbabit sejak awal tahun ini.