Manchester United bangkit cemerlang pada separuh masa kedua untuk menundukkan Wigan 4-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford malam tadi, selepas kedudukan terikat 0-0 pada separuh masa.
Sepakan penalti Javier Hernandez pada minit keenam diselamatkan penjaga gol Wigan, Ali Al-Habsi, namun Paul Scholes memulakan rentak cemerlang Red Devils dengan jaringan pada minit ke-50.
Hernandez menebus kegagalan sepakan penaltinya dengan jaringan pada minit ke-62, dan berselang tiga minit Alexander Buttner menambah derita Wigan dengan jaringan ketiga United.
United meneruskan amukan dengan jaringan keempat melalui Nick Powell (m-81)