Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

5,000 Penjawat Awam Pemalas!

$
0
0

Seramai 5,000 penjawat awam pemalas dikenal pasti sejak kerajaan menguatkuasakan dasar pemisah berprestasi rendah dikuatkuasakan tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, sejak surat pekeliling dikeluarkan tahun lalu pelbagai kesalahan dilakukan mereka termasuk sengaja tidak hadir bertugas selama 200 hari setahun.

“Mereka ini golongan yang sudah hilang fokus kerana dipercayai mempunyai komitmen luar seperti berniaga.

“Mereka yang mempunyai markah prestasi di bawah 60 ini akan diberikan kursus semula selama enam bulan kemudian diberi peluang bertugas enam bulan sebelum dinilai semula,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merasmikan Hari Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini, hari ini.

Ali mengulas mengenai dasar berkenaan yang pertama kali diperkenalkan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat kelmarin untuk merasionalisasikan sektor awam dan mewajarkan saiz perkhidmatan.

Langkah itu bertujuan menjadikan perkhidmatan awam berfokuskan rakyat disokong dengan bakat yang lebih berkemahiran, kurang lapisan hirarki dan birokratik, kurang pemusatan kerja serta perkhidmatan lebih mudah dicapai, cekap dan berkesan untuk rakyat.

Dalam pada itu, Ali berkata, secara dasarnya Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju dengan pelaksanaan dasar itu.

Katanya, tujuannya adalah untuk meningkatkan prestasi kakitangan awam.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan tidak akan sesuka hati memberhentikan kakitangan awam sebaliknya mempertimbangkan banyak sudut sebelum tindakan dibuat.

“Bukan senang-senang untuk kita berhentikan tetapi kita akan beri peluang kepada mereka,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997