Menerusi makluman Kementerian Kewangan, tarikh pembayaran duit BR1M peringkat kedua akan bermula pada Khamis, 28 Mei 2015.
Pembayaran BR1M 4.0 peringkat kedua akan melibatkan sebanyak 4.65 juta penerima termasuk tuntutan rayuan yang diluluskan kepada 141,670 penerima.
Jumlah & Tarikh Pembayaran BR1M 2015
Jadual di bawah menunjukkan ringkasan tarikh dan amaun pembayaran BRIM.
Tarikh pembayaran bermula | Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan | Pendapatan isi rumah RM3,000 hingga RM4,000 sebulan | Individu Bujang 21 tahun keatas dan berpendapatan tak melebihi RM2,000 sebulan |
15 Januari atau 12 Februari 2015 | RM300 | RM200 | RM350 |
28 Mei 2015 | RM300 | RM200 | — |
28 September 2015 | RM350 | RM350 | — |
Jumlah | RM950 | RM750 | RM350 |
Cara Pembayaran BR1M 2015
Pembayaran BR1M 2015 peringkat kedua akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima, dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank, yang berhampiran.
Anda boleh ajukan sebarang soalan mengenai tarikh dan cara pembayaran BRIM 2015 dengan menghubungi:
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-88824565 / 03-88824566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- Email kepada br1m@treasury.gov.my.
Semoga info ini berguna untuk semua.