Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

(Foto) Restoran Tawar Pelayan Sado Layan Pelanggan

$
0
0

Sebuah restoran di Tokyo, Jepun mempunyai cara tersendiri untuk menarik minat pelanggan ke premis mereka.

Nak tahu apa ‘senjata’ yang digunakan mereka, ha jangan tak tahu pemilik restoran Macho Cafe hanya mengupah lelaki yang berbadan sasa dan macho sahaja sebagai pelayan di restoran terbabit tau.

Yang menariknya, pelanggan diberi peluang untuk berborak dengan pelayan mereka selama 15 minit dan diberi kesempatan untuk mengambil gambar bersama-sama ‘aset’ di restoran tersebut.

Ternyata strategi yang dilakukan oleh pemilik premis ini berkesan apabila restorannya kerap dikunjungi pelanggan terutama daripada kalangan wanita.

Sampaikan mereka sanggup berbaris panjang demi menjamu mata melihat pelayan-pelayan berbadan sado dan berketul-ketul tu!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997