Setelah melalui pelbagai ranjau dan dugaan, akhirnya Iesya Toh, pengacara Selamat Pagi Malaysia telah pun selamat bergelar isteri kepada Huzairee Mohamad dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Wisma Berita, Angkasapuri, pada jam 9.36 pagi hari ini.
Sebelum ini Iesya Toh memaklumkan yang perkahwinannya telah mendapat tajaan bernilai RM1 juta. Namun begitu pada beberapa minggu lalu, Iesya memaklumkan yang dirinya telah menjadi mangsa penipuan dan juga ilmu hitam. Alhamdulillah walaupun pelbagai dugaan melanda, majlis pernikahan pasangan ini telah
Tahniah diucapkan kepada Iesya Toh dan suami. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga akhir hayat. Semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai.