Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menarik balik saman RM50 juta ke atas Anwar berhubung kes liwat II.
Peguam Anwar, Latheefa Koya memberitahu media bahawa tiada sebab diberikan Zamri Idrus, peguam Mohd Saiful mengenai penarikan balik saman itu dengan Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan merakam arahan berkenaan.
Beliau berkata, mahkamah meminda tarikh perbicaraan kepada 25 Ogos daripada 10 Ogos tahun ini.
Latheefa berkata, hari ini kes ditetapkan untuk pengurusan dengan Zamri memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamannya mahu menarik balik saman.
“Mohd Saiful tidak hadir hari ini,” katanya kepada wartawan selepas kes disebut di dalam kamar.