Heboh di laman sosial seorang netizen yang dikenali sebagai Suhairi Sujairi lantang bersuara mempersoalkan etika pemakaian Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Nazri Aziz yang dilihat tidak mengikut protokol majlis rasmi.
“Kegagalan memahami atau saja-saja buat tak paham protokol dan etiket majlis rasmi? Janganlah pakai seghopa nak melancong dalam majlis rasmi. Mohon PA Menteri Pelancongan terasa,” tulis Suhairi.
Kenyataan lelaki itu sekali gus mendapat perhatian anak menteri berkenaan, Nedim yang bertindak memaklumkan kepada bapanya ketika makan tengah hari bersama.
Berang dengan teguran tersebut, Nazri menerusi akaun Instagram Nedim menyelar kenyatan Suhairi yang berbunyi;
“Siapa dia ni nak comment pasal my dressing? Siapa budak ni? Aku daripada dulu macam ni pun. Rakyat dah pilih aku 5 penggal pilihan raya, tak pernah kalah.
“Kalau hamlau ini rasa dia bagus sangat, tak payah cakap banyak. Aku tunggu dia di Padang Rengas untuk pilihan raya yang ke-14 ini. Kita tengok Padang Rengas nak dia atau aku?.
“Dan tak payah nak comment aku sombong. Aku memang sombong dengan orang macam ni! Peduli apa saya nak pakai apa. Semua orang tau saya sempoi, jangan telanjang sudah,” katanya.
Perghhh… makan dalam habis ayat Nazri kepada netizen ini!
Itulah padahnya menegur orang tanpa usul periksa dan mengetahui hal sebenar.
Menurut Nedim yang turut dikenali ramai sebagai kekasih Nora Danish, kenyataan balas kepada ‘makhluk bodoh’ itu disampaikan oleh bapanya menerusi laman sosialnya berikutan Menteri Pelancongan itu tidak mempunyai sebarang akaun media sosial.