Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Penjenayah Dikehendaki ‘Mat Malaya’ Akhirnya Tumpas Di Kundasang

$
0
0

Selepas bersembunyi hampir sebulan, polis akhirnya berjaya memberkas ‘Mat Malaya’, lelaki yang amat dikehendaki kerana kes cubaan membunuh di Tuaran.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata ‘Mat Malaya’, atau nama sebenarnya Mohd Junaidi Omar, yang merupakan adik kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar, diberkas bersama isterinya berusia 24 tahun dan anak perempuan berusia dua bulan.

Katanya, mereka ditahan selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ranau menyerbu sebuah inap desa di Kundasang kira-kira jam 10.50 malam tadi.

“Mereka yang ditahan dipisahkan untuk soal siasat, manakala bayi perempuan itu diserahkan kepada neneknya untuk dijaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, menghilangkan diri selepas menembak kaki pembantu mekanik berumur 36 tahun di sebuah bengkel membaiki penyaman udara kenderaan di Jalan Tuaran.
Dalam kejadian itu, suspek dipercayai melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya mengenai serta menembusi kaki kanan mangsa.

Mat Malaya sebelum ini telah dituduh dengan kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997