Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Rozita Che Wan Jawab Isu Foto ‘Berseluar Pendek’ Di Instagram

$
0
0

Aktres Rozita Che Wan tidak terkesan dengan kecaman beberapa orang pengikutnya di laman Instagram yang membuta tuli membuat andaian yang dirinya seolah-olah memakai seluar atau skirt pendek ketika sedang bercuti di London.

Menerusi laporan Berita Harian, Rozita menjelaskan kecaman itu tidak langsung mengganggu percutiannya bersama keluarga.

“Orang buta sahaja yang tak boleh bezakan seluar dengan peha. Kalau orang yang berakal tengok gambar ini mereka takkan komen yang saya tak pakai seluar atau memakai seluar pendek kerana secara jelas saya bertudung.

“Saya bukannya gila untuk buat seperti itu. Saya tahu batas bertudung. Hanya orang yang selalu fikir negatif sahaja akan pantas membuat kesimpulan yang negatif semata-mata.

“Yang kutuk itu hanya seorang dua dan selebihnya banyak memberi komen mempertahankan saya. Jadi biarlah apa orang nak cakap, saya cool sahaja,” katanya yang bercuti bersama suami tersayang, Zain Saidin dan dua anaknya, Ammar Effendy dan Aaisyah Dhia Rana.

Rozita juga memanjat kesyukuran apabila ramai yang memuji kecomelan Aishah yang sudah mencecah usia tujuh bulan.

“Apabila orang suka, saya yakin apa yang keluar dari mulut mereka semua doa yang baik-baik. Insya-Allah,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Latest Images

Trending Articles


Tonton Episod Akhir Imam Mudaku Romantik; Astro Prima/ Maya HD


Bau Perfume Louis Vuitton


Contoh Karangan Autobiografi yang Terbaik


Senarai Artis Malaysia Yang Kantoi Bogel!


Kisah Seorang Gay : Takdir atau Pilihan


Bunga Kobis dan Broccoli Goreng Ala Mamak


Label Papan Kenyataan dalam Bilik Darjah


Novel : Kahwin Ganti 1


Novel : Perempuan Lindungan Kaabah 1


Novel : Sebenarnya, Saya isteri dia! 1