Baru-baru ni, pengguna media sosial dikejutkan dengan satu tweet di Twitter yang memaparkan gambar satu keychain yang dibekalkan oleh Kolej Matrikulasi Perlis mengandungi lambang salib di bahagian dalam keychain tersebut.
Difahamkan, keychain itu dibekalkan sendiri oleh pihak Kolej Matrikulasi Perlis kepada pelajarnya.
Keychain itu disedari mengandungi lambang salib dibahagian dalamnya apabila seorang secara tidak sengaja menjatuhkan keychain tersebut dan bahagian depan keychain itu tertanggal seterusnya menimbulkan tanda tanya kepada para pelajar dan orang ramai.
Menjawab itu tersebut, Ustaz Fakhrul dari Unit Pusat Institusi Mara (UPIM) tampil memberikan jawapan mengenai isu terbabit.
“Pembekal sudah memaklumkan bahawa silang itu sebagai tapak untuk gam logo KMP. Walau bagaimanapun, semua keychain telah dipungut semula dan pembekal akan mengantikan dengan yang baru.
“Keychain KMP itu dibekalkan kepada pelajar sesi 2015/2016. Isu ini timbul apabila keychain pelajar terjatuh, pecah dan mendapati ada simbol berbentuk salib di bahagian belakang logo kolej. Isu ini telah diambil tindakan oleh pihak KMP.
“HEP telah mengambil langkah proaktif sejak Ahad 31 Mei 2015 untuk menarik semua keychain yang dibekalkan. Penggantian semula kepada pelajar akan dibuat,” katanya.