Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Saya Boleh Tidur Nyenyak Dengan Sokongan Rakyat Sarawak’– Najib

$
0
0

Yakin dengan sokongan padu Sarawak kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya, Datuk Seri Najib Tun Razak lega dan percaya beliau dapat tidur dengan nyenyak.

“Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan. Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang,” kata Perdana Menteri.

Sarawak menjadi negeri terkini (selepas Sabah dan Perlis) bagi Najib yang akan membolehkan beliau tidur dengan nyenyak, selepas melihat sokongan padu Sarawak kepada BN yang diterajui beliau.

“Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam saya, katanya.

“Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya,” katanya.

Menurutnya beliau adalah Perdana Menteri yang paling kerap melawat Sarawak, dan kehadiranya tidak pernah dengan tangan kosong, yang mana dalam tempoh lima tahun pentadbirannya beliau telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah lebih RM1 billion secara ‘serta merta’ buat pelbagai projek di Sarawak.

Berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di sini hari ini, katanya beliau yakin di bawah kepimpinan Adenan, BN akan terus mendapat mandat besar di Sarawak, menjadi pembuka tirai kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang memuji kehebatan Adenan menerajui Sarawak berkata: “Dia (Adenan) hanya minta satu penggal saja (Pilihan Raya Negeri akan datang), lima tahun lagi pentadbiran, bukannya 22 tahun”.

Najib berkata Perdana Menteri sebelum ini turut mengharungi pelbagai masalah besar dalam pentadbiran, dan disebabkan sokongan setia sebagaimana yang dicurahkan beliau kepada pemimpin-pemimpin sebelum ini, membolehkan Perdana Menteri sebelumnya kekal berkuasa, ada sehingga 22 tahun.

“Ini zaman saya sebagai PM (Perdana Menteri), takkan saya kena turun kerana kehendak seorang.

Saya dipilih siapa? Rakyat bukan rakyat Malaya (semenanjung Malaysia) saja. Rakyat Sarawak juga memilih saya sebagai ‘Apai Besai’. Saya nak tanya orang Sarawak …nak lagi saya jadi PM ke tidak?” kata beliau dengan disambut dengan sorakan gemuruh “nak”.

“Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.

Katanya, BN mahukan kemenangan besar dalam pilihanraya akan datang, kemenangan yang cukup meyakinkan, dan apabila menang nanti pula, mereka perlu bersikap merendah diri.

“Eksyen sikit tak apa, tapi jangan berlebihan dan perlu merendah diri, jangan malukan orang, merendah diri dan rakyat akan menghargai kamu, kita teruskan perjuangan ke hadapan. Insya-Allah BN akan berjaya pilihan raya akan datang kalau kita bersatu,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997