Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Berita Palsu Pahang Dilanda Tsunami Dalam Masa 36 Jam

$
0
0

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa tsunami dan gempa bumi akan melanda Pahang dalam masa 36 jam.

“Khabar angin mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang akan melanda Pahang seperti yang telah tersebar di media sosial adalah tidak benar sama sekali.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada MetMalaysia,” tegas jabatan itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Bagi mereka yang mahu membuat pengesahan maklumat, boleh merujuk laman web MetMalaysia di http://www.met.gov.my atau di laman sosial Facebook dan Twitter MetMalaysia.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline MetMalaysia di talian 1 300 22 1MET(1638).

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997