Program Tahun Melawat Malaysia bagi tahun 2014 dianggap gagal menyasarkan 28 juta pelancong kerana hanya mampu menarik sejumlah 27.4 juta pelancong.
Menurut Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, kekurangan 600,000 daripada pelancong China itu berpunca dari kesan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pada Mac 2014.
Selain itu, Nazri juga menyalahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana masih berdegil mengenakan bayaran visa terhadap pelancong China.
“Betullah ini masalah visa. Kena ubah sikit pemikiran yang menganggap pelancong China datang ke sini terlibat dalam aktiviti pelacuran”
“Itulah jawapan yang diberikan KDN kepada kita kenapa tidak membatalkan bayaran visa.”
“Ini adalah persepsi yang tidak baik,” demikian jawapannya yang menjawab pertanyaan ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang meminta jawapan mengapa pelancong China tidak mahu datang ke Malaysia lagi.