Mengakui tidak pernah bosan berkunjung ke London dan juga Paris, Che Ta mengakui dia dan juga suaminya, Zain Saidin memang berniat untuk membeli rumah dan turut mahu membuka restoran di sana.
“Insya-Allah kalau ada rezeki, saya dan suami mahu beli rumah di sana. Zain pun pernah mencadangkan supaya saya buka restoran di sana. Bagi merealisasikan impian itu, kami kena bekerja lebih keras,” katanya kepada Harian Metro.
Selain itu, Che Ta juga menyatakan bahawa dia turut merancang satu lagi percutian pada September nanti dan pastinya si comel, Aaisyah Dhia Rana akan turut serta dalam percutian itu nanti.
Menurut Che Ta lagi, dia tidak pernah ambil pusing tentang kritikan yang dilemparkan kepadanya setiap kali dia bercuti sambil menyatakan kehidupannya sama seperti orang lain, bekerja keras untuk dapatkan apa yang diimpikan. Tiada usaha dan hanya pandai kritik, memang tidak ke mana, bukan?