Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membahaskan ucapan Bajet 2013 tanpa kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Ketika memberi reaksi ke atas ucapan Bajet 2013 Jumaat lalu, Anwar berkata, beliau mencabar Najib, yang juga Menteri Kewangan, agar hadir ketika beliau membahaskannya, hari ini.
Anwar, anggota Dewan Rakyat pertama membahas Bajet 2013 selaku Ketua Pembangkang.