Sudah menjadi tradisi,menjelang Aidilfitri ia akan diserikan dengan ucapan mahupun pantun yang akan memeriahkan lagi suasana menyambut Hari Raya. Dikesempatan ini, ADMIN ingin berkongsi beberapa pantun terbaik sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal diraikan pada esok hari. Semoga dengan ucapan yang diberikan kepada sahabat handai ini sama ada menerusi laman sosial, emel atau pun SMS dapat menceriakan suasana bulan Syawal yang mulia ini.
Koleksi Pantun Hari Raya Terbaik 2013
Setiap tahun beli baju raya,
Tidak lupa juga kuih raya,
Dapat duit raya dari orang kaya,
Saya nak ucapkan selamat hari raya
Pulang ke kampong naik ferrari..
Malam raya bermain bunga api…
Wahai cek abg o0iii, pandulah berhati hati..
Agar xrisau keluarga yg menanti
budak-budak membeli baje raya
tidak lupa juga kuih raya
aku ucapkan selamat hari raya
jangan lupa maafkan saya
Main mercun di malam raye,
Meletup sana meletup sini,
Update status ni bukannya aper,
Cuma nak ucapkan salam aidilfitri
Makan ketupat dengan lemang,
Masak pula di subuh hari,
Hari raya bakal menjelang,
Puasa tinggal haruslah diganti
Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!
Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?
Gunung daik bercabang tiga,
tiga serangkai sakit jantung darah tinggi kencing manis,
kalau tuan tak puasa,
jangan nak bermegah berhari raya aidilfiri’s
Dalam manis ada hempedu,
Dalam kata-kata banyak maknanya,
Sayunya hati ramadhan yg kian berlalu,
Untuk menyambut bulan syawal yg bkl menjelma
Mk panjat pokok mangga
Pokok mangga cikkiwi yang punya,
beta nak ucap selamat hari raya,
salah silap maaf dipinta.
Ikan sardin di dalam tin,
Dijual di pasar tiga sehengget,
Selamat hari raya maaf zahir batin,
Dari hamba yang sengal dan senget
Anak katak makan ketupat ,
Makan ketupat sambil melompat ,
Hari raya sudah nak dekat ,
Minta ampun sebelum terlambat .
Kunci jam untuk bangun sahur
Lambat bangun kelam kabut la
Hei Samad awat hang sahur
Pagi ini kita raya la..
Tak jadi sahur terus mandi
Berbaju melayu ke rumah Rohaya
Bakal mertua senyum ala biri biri
Samad ko tak sembahyang raya ka?
Langkah ke masjid langkah kaku
Rasa malu semalu malunya
Apala malang nasib aku (Samad tau)
Kantoi dengan mak bapak Rohaya
Walau malu masih menebal
pantun raya 2013Bertandang jua ke rumah mertua
Walaupun muka rasa tebal
Lautan api direnangi jua.. fuh
Tamat sudah kisah si Samad
Diiringi restu bapak mertuanya
Pantun raya sudah pun tamat
Moga-moga terhibur hendaknya
Pantun Hari Raya Mengikut Negeri
TERENGGANU…
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile
PAHANG…
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin
JOHOR…
Cegitu cegini awak suke ekk
Awak suke kite tak suke ekk
Esok luse hari raye ekk
Sama-sama bersuke rie ekk
MELAKA…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok
N. SEMBILAN…
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo Kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org Kolumpo jgn kocik ati!!)
SELANGOR/K.LUMPUR…
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu
PERAK…
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei
KEDAH…
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau
PENANG…
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq
PERLIS…
Padang besaq kecik aja
Tempat Siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang