Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan menganjurkan satu lagi sesi #TanyaNajib pada 3 Oktober (malam ini) untuk membolehkan rakyat bertanya mengenai Belanjawan 2013, yang dibentangnya di Parlimen pada Jumaat lepas.
Sesi itu akan bermula pada pukul 9 malam.
Sesi kali ini boleh ditonton secara langsung menerusi laman YouTube rasmi Perdana Menteri, najibrazak. Sila layari Twitter dan Facebook rasmi PM untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menyertai sesi berkenaan.
Najib berkata, pada sesi #TanyaNajib yang diadakan pada 11 Januari tahun lepas, beliau menerima reaksi memberangsangkan menerusi Twitter.
“Saya telah menjawab sebahagian daripada soalan anda semua itu menerusi laman YouTube dan ia melibatkan beberapa soalan santai seperti peribadi saya sehinggalah ke soalan serius seperti hal ehwal ekonomi negara,” katanya.