Selepas dikecam kerana sering memuat naik foto beliau bersama kekasih di media sosial, timbl pula satu dakwaan baru yang mengatakan pelakon Atikah Suhaime kerap keluar masuk ke sebuah unit kondominium dipercayai milik kekasihnya terletak di Cyberjaya.
Menurut sumber, terdapat bukti kamera litar tertutup (CCTV) yang menampakkan kelibat belia ketika berkunjung ke kondominium tersebut. Mengulas mengenai gosip ini, Atikah nyata agak terperanjat dengan berita ini dan menafikan perkara berkenaan.
Apabila ditanyakan tentang kebenaran adakah kondo yang disebutkan itu didiami oleh teman lelakinya, Atikah bagaimanapun tidak mahu memberikan komen lanjut mengenainya. Buat masa ini, beliau tidak mahu mendedahkan kisah peribada secara keterlaluan.
Kontroversi dan cerita sensasi adalah lumrah hidup yang anda harus hadapi saat anda bergelar artis. Mungkin seseorang artis itu berhak untuk tidak memberikan sebarang komen, tetapi jangan biar peminat dan orang ramai ters tertanya-tanya. Apa salahnya untuk membicarakan perkara yang sebenar.