Kerajaan dicadang mewujudkan Akta Pembaziran Makanan dalam mengekang amalan pembaziran makanan yang keterlaluan terutama membabitkan industri hotel khususnya ketika Ramadan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kawalan menerusi penguatkuasaan undang-undang perlu ada bagi menangani amalan buruk itu di kalangan rakyat Malaysia.
Katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut digesa memperketatkan syarat pengeluaran sijil halal kepada pengusaha dengan mengambil kira amalan pembaziran yang dilakukan.
“Kita melihat pembaziran makanan ini bukan saja berlaku ketika Ramadan tetapi juga pada hari biasa.
“Ia sangat keterlaluan dan perlu ada kawalan undang-undang untuk mengelak amalan ini terus berlaku seperti Akta Pembaziran Makanan,” katanya.