Beginilah keadaan terkini yang berlaku pada Empangan Sungai Selangor. Jika air di empangan ini terus surut dan berkurang, berkemungkinan Selangor dan Kuala lumpur akan mengalami krisis bekalan air tidak lama lagi.
Antara punca kemerosotan air di Empangan Sungai Selangor ialah kurangnya jumlah hujan yang turun di Selangor. Pembenihan hujan mungkin terpaksa dilakukan untuk menyelamatkan keadaan.