Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

‘Azwan Ali, Bersedia Untuk Laporan Polis Kalau Kamu Buat Hal Lagi’

$
0
0

Semua pihak harus menerima permohonan maaf pengacara popular, Azwan Ali yang dikatakan menjadi punca perselisihan faham dengan peminatnya mengenai cadangan tempat makan yang menarik.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah bagaimanapun berkata, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis seandainya Azwan melakukan kesalahan sama semula.

“Kita tahu mulutnya memang ‘laser’ sejak dahulu tetapi sekurang-kurangnya dia sudah minta maaf semalam.

“Kita harap dia tidak buat lagi kesalahan itu. Kita tidak mahu hanya kerana perselisihan media sosial, semua orang bergaduh dan melarat menjadi persengketaan yang besar,” katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Abdul Rani mengulas kapsyen permohonan maaf Azwan di laman Instagramnya yang dilihat sebagai permohonan maaf pada Selasa.

Dalam insiden itu, Azwan pada awalnya bertanyakan restoran stik terbaik untuk berbuka puasa.

Pertanyaannya mendapat reaksi seorang pengikut yang mencadangkan sebuah restoran bernama Me’nate.

Azwan yang tersalah anggap tentang cadangan itu terus mengherdik pengikut yang bernama NurAziraWA itu dengan kata cacian.

Tindakannya itu mengundang reaksi negatif daripada pengguna laman sosial lain yang menganggapnya sesuatu yang kelakar dan memalukan.

Bagaimanapun, atas rasa kasihan terhadap nasib Azira, pemilik restoran Me’nate Steak Hub, Chef Mustaffa Othman menjemputnya untuk makan percuma di restoran itu.

Sementara itu, Abdul Rani memberitahu, antara perkataan yang menyebabkannya terasa adalah hinaan ‘Melayu’ di dalam catatan Tweet Azwan.

“Jangan kutuk Melayu, itu yang kita terasa sangat, kali ini kita bagi peluang dan Azwan harus berjanji tidak mengulangi kesalahan sama lagi,” jelasnya.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, sikap biadab Azwan tidak menggambarkan teladan dan sifat seorang Muslim sebenar.

Jelas Dr Harussani, apa yang dipaparkan Azwan di akaun Twitternya juga menunjukkan ciri-ciri golongan fasik.

Abdul Rani turut berpesan, dia tidak mempunyai akaun Instagram seperti yang diminta Azwan namun meminta pengacara itu menggunakan akaun Facebooknya seandainya mahu menyampaikan sebarang pesanan.

“Kita tidak ada Instagram, tetapi ada Facebook, sama sahaja, boleh sampaikan apa sahaja pesanan Azwan di laman sosial itu,” ujarnya.

Sebelum ini, Abdul Rani memberitahu Facebook ‘troll’ miliknya dilihat lebih popular daripada yang dimiliki Datuk Ahmad Maslan kerana pengajaran yang terkandung di dalam laman itu sendiri.

Tegas Abdul Rani, walaupun laman itu dikendalikan ‘peminat’nya, ia dilihat memberi lebih banyak teladan dan bermanfaat daripada laman Facebook ‘troll’ Timbalan Menteri Kewangan itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997