Quantcast
Channel: Wowberita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997

Pakaian Tradisional Iban ‘Setengah Bogel, Tidak Tutup Aurat’– Teresa Kok

$
0
0

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Sum Sih menyindir kod etika berpakaian orang awam di jabatan kerajaan dengan mengingatkan masyarakat Iban agar tidak mengenakan pakaian tradisional kaum itu jika hendak berurusan.

“Pakaian tradisi Iban ini memang akan dilarang masuk pejabat kerajaan dengan kod pakaian perkhidmatan kerajaan sekarang,” katanya yang memuat naikkan kenyataan sindiran itu dalam laman sosial facebook beliau, hari ini.

Menurut Teresa, beliau tertarik dengan kostum atau pakaian tradisi lelaki Iban itu apabila menghadiri majlis sambutan Hari Gawai dan Kaamatan di sebuah gereja di Shah Alam, semalam.

“Bila saya masuk ke church of Divine Mercy di Shah Alam untuk menghadiri sambutan Gawai dan Kaamatan, saya memang tertarik dengan kostum lelaki Iban yang merupakan setengah bogel ataupun ‘tidak tutup aurat’ ini.

“Pakaian dan kostum begini memang telah menjadi sebahagian daripada budaya yang beraneka-corak di Malaysia. Inilah kostum dan budaya yang harus dipelihara kerana ia telah menjadi ciri dan tarikan pelancongan di Malaysia,” katanya.

Pada majlis itu, beliau bergambar dengan enam lelaki Iban yang mengenakan pakaian tradisi kaum itu.

Incoming search terms:


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4997