Bagaikan sudah membuka sedikit ruang untuk bercerita mengenai hubungan mereka, Kamal Adli mengakui bahawa dia tidak mahu terlalu pantas melangkah ke fasa seterusnya bersama Emma Maembong.
“Kami masih tidak declare secara rasmi sebagai pasangan kekasih. Kalau sudah declare nanti saya tak nak buat biasa-biasa, saya nak buat yang gempak. Sekarang bukan tak berani (untuk declare) tapi saya seronok melalui momen-momen begini”
“Saat-saat mula kenal adalah fasa yang seronok untuk saya jalani. Jangan terlalu cepat untuk ke fasa seterusnya. Masa tengah bercinta ni, masa paling best adalah masa tengah mengorat. Saya tak nak terkejar-kejar”
“Mak saya sendiri ada nasihat saya supaya bersabar untuk perkara lalu tidak berulang lagi. Saya pun hormat mak, jadi nasihat mak saya sentiasa saya jadi pegangan,” ujar Kamal sambil tidak mengiakan persoalan sama ada dia dan Emma melalui fasa bercinta atau tidak.