Baru-baru ini, sekeping gambar dikongsikan di laman sosial di mana seorang kanak-kanak lelaki bersolat dan di belakangnya beratur mainan kegemarannya seperti Ultraman, robot Transformers dan Lego yang ikut sama ‘bersolat’.
Mungkin perkara ini kelihatan remeh untuk dipersoalkan namun menurut pendakwah dan Exco Pemuda UMNO Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya menerusi entri di laman mikro Twitternya, perkara itu adalah sesuatu yang tidak sesuai untuk dijadikan bahan lawak walaupun ianya kelihatan melucukan.
Walaupun mmg kelakar, tp x sesuai buat lawak mcm ni. #ultramanxsolat pic.twitter.com/ou6yVkrWcd
— Dr. Fathul Bari (@drfathulbari) July 6, 2015
Fathul Bari telah memuatnaik gambar berkenaan dengan kepsyen berbunyi “Walaupun memang kelakar, tapi tak sesuai buat lawak macam ni. #ultramanxsolat.”
Gambar yang dimuatnaikknya itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Twit yang lain.
Seorang pemilik akaun Twiiter bernama hijlaaznan berkata “@drfathulbari Dr, cuba cr sudut positive. Galakan solat tu kan bagus utk anak2. As a parents, kita lah slow2 explain pd dia mana baik buruk.”
Fathul Bari kemudian menjawab “@hijlaaznan tak perlu positif sampai bawa ultraman. Kita doktrinkan anak2 dgn fantasi yg merapu. Maaf ya.”
Selain itu seorang pengguna Twit bernama bohh @fath_ibrahm bertanya “adakah perbuatan kanak2 meletakkan ultraman sbg makmum merosakkan akidah dan terkeluar dari ASWJ? Just asking”
Jadi nampaknya pelbagai pandangan dalam hal ini, ada yang menganggap ia adalah sabagai doringan untuk kanak-kanak belajar solat dan bagaimanapun ia adalah lawak yang tidak sesuai menurut ulama muda berkenaan.